twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Avatar The Last Air Bender

Avatar the last air bender adalah siri kartun yg sy tgh tgk sekarang...crita dia best giler sampai mengalir air mata nak tahan gelak,atas lawak2 yang mencuit hati...cerita ini menerangkan kisah sorang budak yang bernama aang, dia sorang budak yang digelar avatar kerana memiliki kebolehah untuk mengawal 4 unsur iaitu angin , air , tanah dan api..dia harus mempelajarinya dalam masa setahun demi menyelamatkan dunia yang diambang kemusnahan atas kekjaman kumpulan api yang bersumberkan matahari untuk menjanakan kuasa...aang ditemani oleh dua beradik dari unsur air iaitu katara dan sokka...katara mahir dalam mengawal unsur air,atau cecair termasuk darah...sokka pula bijak tetapi agak kelam kabut dan kelakar..dan juga prince zuko dari unsur api,dia mempunyai ego yg tinggi dan dia adalah anak kepada fire lord yang jahat dan yang ingin memusnahkanketurunan unsur yang lain..pada season kedua iaitu tanah,aang dapat sorang lg kawan dari unsur tanah,yang mengajarnya mengawal unsur tanah...disanping itu aang ditemani oleh bison yg boleh terbang yg dipelihara sejak kecil lg..dan seekor lg binatang terbang iaitu momo..yang comel..bayak rintangan yang ditempuhi oleh mereka..

cerita ini bagus kerana mempunyai plot dan flow cerita yang senang difahami,banyak lawak dan kelakar...ad yg sedih,menunjukkan kasih sayang antara kawan2,berat sama dipikul ringan sama dijinjing...menempuh dugaan dan halangan bersama,ad jugak part cinta2..kartun dia pon cantik.so saksikanlah avatar the last air bender.

0 comments: