twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Lelaki dan Wanita

LELAKI
Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN???
Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN??
Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.
TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.
WANITA
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya
2.ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita!
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki,
kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah,
maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.
Maka dengan keistimewaan itu,
JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya,
supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA.

22 tanda kiamat

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Lelaki Yang Bakal Ke NERAKA!!

Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak ?????

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim
masuk syurga..... janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB.

nenek ani

Ada sorang tua, nama dia Nenek Ani. Dia terlantar di hospit! al kerana sakit
jantung, … .

Keadaannya semakin ari semakin t eruk. Ani dah tak tau apa nak buat lagi. So
suatu hari tu dia panggil Pak Din untuk bacakan doa untuk Nenek Ani. Tapi semakin
dibaca, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai terketar-ketar dan termengah-mengah
kerana terlalu sakit.

Nenek Ani dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen dan kertas.
Ani memberikan pen dan kertas kepada neneknya. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada,
Nenek Ani menulis dan memberikan kertas itu kepada Pak Din.

Pak Din menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan Nenek Ani sebelum Nenek
Ani meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas tu ke dalam poketnya,sambil menyambung
bacaan doa. Tak lama kemudian Nenek Ani pun meninggal dunia. Selepas seminggu kematian
Nenek Ani, Pak Din pun datang ke rumah Ani, dengan memanggil semua sanak saudara
Nenek Ani, tujuannya tak lain dan tak bukan untuk menbaca wasiat dari nenek tersebut

Pak Din pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Nenek Ani,
dan di akhir ucapan itu Pak Din mengajak Ani dan saudara ! mara membaca wasiat itu
bersama-sama, yang antara lain isi itu ialah… … … … .

“Din, … . kau janganlah berdiri di atas wayar oksigen aku tu”

p/s:Kalo dah ader jgn marah ar.. huhuh..

Bila KiTE

Ble kite syg org tu
Kita tnggu dia lme pn xpe..
Tp biler dia tnggu kiter?
Dia mrh2..
Hti kte, ala adatlah ada yang
mnnunggu n dtnggu

Ble kite syg org tu
Kite xtdo pn xpe lyn dia yg ngh
bosn o de mslah..
Tp biler kite bsan o de mslah.
Ada dia lyn kite?
Hti kate xpe dia busy kott

Ble kite syg org tu
Kita gdh ngn dia,kita diam je
Tp dia heboh 1 dnia
Hti kate xpe, dia tension tuu

Ble kite syg org tu
Kita kol nak ckp ngan dia
Tp dia bg phone kat org len
Ble jd cm2, xpe
Hti kata, xpe, ckp je,kwn dia,
kwn kite gak

Ble kite syg org tu
Kita b'crita dgn dia,
dia wt dunno je..
Tp ble dia b'crita ngn kita
Kita dgr,s'ptah2 kite igt
Hti kata x pe syg katakn…

Biler kiter syg org tu
Kita & dia lpr
Tp kite bg sume roti kita kat dia
Hti kata,ala jgalh hti dia,sian
dia lpar tu….

Ble kite syg org tu
Kite sgup bg dia rest ble dia letih,
Tp ble kita letih,dia srh gk
kite lyn dia bila dia bsn
Adil ker?
Hti kata,ala bkn slalu pun..

Ble kite syg org tu
Kita jdi cm org gile ble dgr dia sakit,
Tp bile kita sakit,
Dia siap kuar ngan kwn2 dia g meraikan
hri ksakitn kita,
Hti kata,ala x pe,xkn dia nk
b'kepit ngn kita 24 jam je

Ble kite syg org tu
Kita xnh tipu2 & pntingkn dr snri
Tp dia m'nipu & hpokrit thp ngaban
Hti kata xpe,dia mmg cm2 kne lh
trima..

Ble kite syg org tu
Kite syg nk tngglkn dia slama2nya..
Tp dia xthu kite berdpn dgn maut,
Wlpn kite skit,dia kte kat kite,
sakit bese2 je 2,jgn nk mngrut la
Hti kata,cmnelah dia bile
kite xde,msti dia hepi kn

Ble kite syg org tu
Kite xsgup tgk dia derita even sket pn
Tp dia xnh hrgai dri kite,
Hti kata,tau x btapa kita syg kn
dia????

Ble kiter syg org tu
Kite sgup tngglkn dia slamanya utk dia bgia
Tp dia tahu x pngrbnn kite??
Hti kata,xpe,jnji insan yg di sygi bhgia

Dan………… ……

Ble kite dh tngglkn dia slama2ny
Dia dtg ziarah psara kite
Dia kata..
Dia mntk mf sbb nh mngata kite
Dia mntk mf sbb nh wt kite tgu dia
Dia mntk mf sbb nh pksa kita lyn dia time bsn
Dia mntk mf sbb nh heboh 1 dnia psal slh kite
Dia mntk mf sbb nh xhiraukn call kite
Dia mntk mf sbb nh xdgr luahan hti kite
Dia mntk mf sbb nh wt kite klprn sbb dia
Dia mntk mf sbb nh ggu wktu rht kite
Dia mntk mf sbb xnh hiraukn skit kite
Dia mntk mf sbb nh pntingkn dri dia snri
Dia mntk mf sbb xnh tgk p'dritaan kite

Ble kite syg org tu
Kite wt semuanya kn?
Tp dia x prnh fhm kn?

Dan…………? ?…

Ble kite tglkn dia
Dia dtg pd kite & kata
Sorry…
Sorry??? slps lukakan hti kite?

Ble kite syg org tu
Kite kata xpe lah
Aku dh tngglkn dunia,
Moga dia bhgia tnpa kite..
tpi ada dia wt pape tuk kite?
ada dia hrgai pe yg kita wt tuk dia...??
dia lagi bgia dgn dunia & kwn2 dia..
Hti kata, xpe la..mglah la dmi insan t'syg..
Dan hti kite kata g
Xpe lh apapun yg dia wt
Kite ttp syg org tu…..
Kita sayang die untuk selamanye smpi bile2 pn..
ble kita ckp kita syg die lbey dri diri kita
die kata kita saje jer nak amik hti die..
pdhl die xtau kita mmg syg die cm nk mati...
nk wt smua utk die klu kita mampu..
selamanya...

Kepanasan Yang Membara

semalam adalah hari yang bersejarah kerana aku telah melepaskan rasa yang tidak puas hati di depan khalayak ramai,di dalam dewan....hajat dihati mau g makan saja,tetapi hati ini di cucuk oleh sembilu yang membuatkan darah yang tenang mengalir dalam urat saraf ini menjadi laju sehinggakan tidak dapat menahan,klu doc check ms tu pasti darah aku naik sampai 500/380 kot...haha..tetapi selepas aku makan dengan kenyang,barulah tenang rasa hati ini...

3DDZ (Multimedia) 2006-2009


ni lah student multimedia kat UTMKL international city campus kuala lumpur...terdiri daripada 46 orang...dalam gambar tu ad lg yang xmasuk...ntah kemana hilangnya mereka..hhaaa...
tp ni da last semester,bermakna kta semua akan berpisah...tetapi kenangan bersama merekan,insya'allah tidak akn luput...sy hanya doakan agar persahabatan berkekalan sehingga akhir hayat...bse la,setiap pertemuan pasti ad perpisahan sama ada perpisahan hidup ataupun mati...sesungguhnya hidup diduna ini hanya sementara...usah bersedih bila perpisahan belaku,kerana setiap yang terjadi pasti ad hikmah disebaliknya...kta hanya mampu merancang,tetapi perancangan ALLAH s.w.t adalah perancangan yang tebaik...yang mana ad silap atau salah,haruslah bermaafan...

Avatar The Last Air Bender

Avatar the last air bender adalah siri kartun yg sy tgh tgk sekarang...crita dia best giler sampai mengalir air mata nak tahan gelak,atas lawak2 yang mencuit hati...cerita ini menerangkan kisah sorang budak yang bernama aang, dia sorang budak yang digelar avatar kerana memiliki kebolehah untuk mengawal 4 unsur iaitu angin , air , tanah dan api..dia harus mempelajarinya dalam masa setahun demi menyelamatkan dunia yang diambang kemusnahan atas kekjaman kumpulan api yang bersumberkan matahari untuk menjanakan kuasa...aang ditemani oleh dua beradik dari unsur air iaitu katara dan sokka...katara mahir dalam mengawal unsur air,atau cecair termasuk darah...sokka pula bijak tetapi agak kelam kabut dan kelakar..dan juga prince zuko dari unsur api,dia mempunyai ego yg tinggi dan dia adalah anak kepada fire lord yang jahat dan yang ingin memusnahkanketurunan unsur yang lain..pada season kedua iaitu tanah,aang dapat sorang lg kawan dari unsur tanah,yang mengajarnya mengawal unsur tanah...disanping itu aang ditemani oleh bison yg boleh terbang yg dipelihara sejak kecil lg..dan seekor lg binatang terbang iaitu momo..yang comel..bayak rintangan yang ditempuhi oleh mereka..

cerita ini bagus kerana mempunyai plot dan flow cerita yang senang difahami,banyak lawak dan kelakar...ad yg sedih,menunjukkan kasih sayang antara kawan2,berat sama dipikul ringan sama dijinjing...menempuh dugaan dan halangan bersama,ad jugak part cinta2..kartun dia pon cantik.so saksikanlah avatar the last air bender.

“Cinta Ini Membunuhku”


Cinta Ini Membunuhku

Kau membuat, ku berantakan.
Kau membuat, ku tak karuan.
Kau membuat, ku tak berdaya.
Kau menolak ku, acuhkan diri ku.

[#:]
Bagaimana, caranya untuk,
meruntuhkan, kerasnya hati mu.
Ku sadari, ku tak sempurna,
ku tak seperti, yang kau inginkan.

[Reff:]
Kau hancurkan aku dengan sikap mu,
tak sadarkah kau telah menyakiti ku.
Lelah hati ini meyakinkan mu,
cinta ini, membunuh ku.

[#] ~~ [Reff]

[Interlude]

[Reff]

Woo… Hu~u… Haa…
Lelah hati ini meyakinkan mu,
cinta ini, membunuh ku.

----------------------------------------------------------------------------------------

inilah cinta dunia..manusia sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan cinta manusia...
sanggup memberikan apa sahaja untuk cinta sanggup berkorban hati , maruah dan harga diri demi cinta yang dianggap sejati, namun akhirnya ad yang bakal mendapati cinta itu adalah penipuan semata-mata....hanya mainan jiwa dan nafsu...manusia sesat dengan cinta..tanpa pegangan agama yang kukuh, manusia akan terjerumus ke lembah kehinaan...sedarlah dari mengejar cinta yang belum tentu menjadi milik yg hakiki...berwaspadalah dalam bercinta...

The Red Mafia

haa..klu korang nak tau..ni la mafia kat UTMKL...tp jgn tkut,ktorang sme mafia baik,haha..terdiri dari sy,mazuan, amir, farid, ishak dan ariff..ad gaya macam mafia x?ktorg ad publish 1 movie pendek,ad kat youtube,tajuk pembunuh misteri..saksikanlah..bse la budak2 multimedia,kna la produce somethg yg berkaitan dgn ,multimedia..dan tu adalah salah 1 projek semester 4..huhu..

I cant stop thinking

salam..ni sy edit time bowim jer...klu pandai,cbe laa teka sape gadis yang dalam gambar tu...nak bergambar ngn yg real mmg xdapat la..edit j lah..ad byk lg hasil kerja buruk dalam edit gambar ni..ad mas nnt sy upload kan la..kranya permulaan ni sy bg yg latest r..sy edit ni guna photoshop n ad brush ckit...sbnarnya sy nak letak gambar org lain,tp tkut nak mintak permission ngn dia..huhu..sy ska edit gambar bla sy dalam tension, xnak marah2 o layan perasaan dgn temenung..lebih baik sy isi masa dgn edit gambar..hehe..xpon main game..

My first Post!!!

4 My first post...i just wan to introduce myself...
my name is mazuan bin muhammad... my friends call me mazwhere o mazuan o wan o maxwell.. live in small town called tanah merah...just now, i study at UTMKL International City Campus,jalan semarak kuala lumpur...and this is the last semester in here,I HOPE...